Showing posts with label soseh soseh. Show all posts
Showing posts with label soseh soseh. Show all posts

dan anugerah ini jatuh kepada......






......loque !!!..yay !!!..(bangge sket)..ni la first time loque dapat award...yes..award dari nana.thx alot nana..maraming salamat po!


dan award ni loque pas pade
deen
izudin
khai
ansyz

guaMUDIA comin!!!latest websites!!hot!!!


hahaha....post kali ni plak adalah untuk mempromote sebuah website gempak yg diberi nama guaMEDIA...loque juga merupakan antara moderator untuk website nie...first2 skali,loque telah diajak untuk join guaMEDIA nie oleh saudara deen...sebenarnyer website ni diterajui oleh saudara izudin..website ni diwujudkan adalah untuk memudahkan anda mengdownload lagu,video dan sebagainyer...so kalau mau apa2 request jer kat box yg disediakan disitu...ok harap anda akan mejenguk website gempak nie..sekian saja,sampai disini.trimas!!adios!!

guaMEDIA.co.cc
bulitin guaMEDIA

blouqeTAG !!

TAG !!..loque kene tag????..siapakah gerangan yg mengtagkan loque tu???..yesh..loque telah ditag oleh saudara khai
,..memang x dapat nak dinafikan lagi ..bahawa loque memang suka lepak kt blog khai tu..blog lain yg loque suka lepak ialah blog bro deen,saudara deen merupakan sifu kepada loque semenjak loque menceburi bidang berblog nie.

so ni dibawah adalah 8 fakta mengenai loque.

loque dilahirkan pada 19 september bersamaan tahun ayam(kuat lari ni)..tetapi bukanlah dilahirkan di dalam reban ayam,sebaliknya di hospital pantai,melaka.x silap loque,bedasarkan fakta yg loque dapat dari ibu loque,loque dilahirkan pada tepat jam 5 pagi...dan bila loque dilahirkan,seraya loque terus menangis meminta2 untuk mendengar mp3..huhuu..pada saat itulah terlahirnya loque.

loque boley berkawan dengan semua lapisan masyarakat x kira umur,agama,bangsa,warna kulit,agama,kaum dan lain2...tetapi sesiapa yg mengenali loque pada awal perkenalan mesti akan berkata bahawa loque ialah seorang yg memboringkan.tetapi sebenarnya tidak
sama sekali.

loque seorang yg tinggi,tetapi x setinggi sotomayor,(x dapat nak dipastikan atas sebab2 tertentu),berat?x tau sebab penimbang kt rumah dah rosak,yg tinggal hanyalah penimbang tepung..loque banyak makan..tetapi x suka makan nasik,makan lauk jer.kalo makan banyak pown,berat badan pown bukanyer bertambah...*maichie'k*

loque lebih suka kalo memakai boxer jika berada di rumah...dan hanya memakai kain pelikat bila mau menunaikan solat fardhu sahajak..loque biasanya akan memakai seluar jean levis dan b.u.m bila kuar umah.

kalo bab tido ni loque akan hanya menunaikan bila mate loque ajak tido dan bila ibu loque berkata begini "loque,pergi tidoo..esok kan nak skolah"..loque biasanya akan tido waktu petang dan akan berjaga dari pukul 8 mlm hingga 4 pagi.

motor??loque ade motor 125 tapi Z xder..loque belom mendapat restu ibu bapa coz diorang kata bawak motor bahaya..loque hanya bawak motor ble pergi tempat2 yg dekat ngan rumah jer...

loque ade misai dan janggut...tapi x leh simpan coz nanti ble ade perhimpunan mingguan,mesti kene tahan ngan cikgu disiplin..kalo kene tahan ok lagi,tapi loque pernah kene cukur misai ngan dier..perg!!!

loque memang suka menyanyi..tetapi x bercita2 untuk menjadikannya sebagai kerjaya loque kelak...loque juga boley maen gitar..aku syg gitar!!..

so.diatas adalah fakta2 yg sahih yg benar2 belaka.thx alot kt brother khai iaitu orang yg pertama mengtag loque.yeehaa..yosh!!salamat maraming po!so loque pown mau mengtag kan beberapa member2 cyber loque!!

http://deennasour.terbaek.com/-deen
http://anysz.blogspot.com/-anysz
http://syia.blogspot.com/-syia
http://apa-saje.blogspot.com/-truckster
http://rickywan.blogspot.com-aktivis hak asasi manusia
http://e-zoodeen.8tt.org/-ezoodeen
http://www.tomatoflavor.net/-perisa tomato
http://www.xeroxaven.com/-xeroxaven

sesape yg free2 tu..boley la tag pade loque plak yerk?..

dikala jam berbunyi...

semalam..pas abis training olahraga..loque balik umah..n selepas membersihkan diri dan solat

maghrib .loque pown makan malam bersama2 dengan ibu loque kat depan tv.(ahli keluarga len

pergi umah nenek,tu yg x yah makan kt tempat makan).dan tepat pukul 8...loceng jam besar pown

berbunyi..teng..teng..teng..dan bermula berita yg ditayangkan di tv$..so tengok punyer

tengok,loque rase pelik,coz berita yg kuar je asik tentang satu parti ni jer.kandasai betol la..

pastu loque tanyer ibu loque..kenape tv asik menayangkan tentang parti ni jer?so die jawab tv

tukan kerajaan yg kawal...so die mesti kuar tentang hal parti tu jer(x demokrasi betol)...pastu time tu la pulak ade


berita tentang projek2 yg kononnya ingin membantu orang melayu..seperti membina tempat2


atau kedai2 yg untuk orang melayu berniaga.kenapa dari dulu x nak buat?kenape baru pilihan

raya sudah dekat mau buat?kenapa x dulu?..dari dulu azam kerajaan nak majukan ekonomi

orang melayu...tetapi ternyatalah bahawa cakap2 mereka itu hanyalah omong2 kosong..ish3..

so,fikir2 kan lah..dan renung2 kan lah...

banyak lagi yg loque mau tuliskan..tetapi apakan daya masa x mengizinkan.(nak study)..

jumper lagi dalam post yg laen.wassalam.

16 febuary

halllooo..sudah lama loque x mengupdate kan blog nie.ini kerana loque memang bz sangat2.loque

ade first test kat skolah,ade latihan olahraga(wakil negeri nie,doa2kan ler),internet rosak,

komputer bengong dan bermacam2 lagi masalah yg timbul..minggu lepas loque ade la bukak surat khabar

bahasa inggeris(ibu loque yg beli)..sejak bila plak loque suka baca paper ni?pastu selak punyer

selak paper tu,terjumpa lah satu berita yg memang loque x puas hati(marah ni)..ade ke patut

sebuah parti ni die g jual barang2 die kat mydin, melaka?ni yg buat loque x puas ati ni,sebab ble

ade parti laen buat perkara yg sebegini,diorang akan menghalang tindakan tersebut.itulah pasal

loque x puas ati nie...hey nasib baek la loque ni masih study lagi..kalau idak..tau ler diorang tu

nanti.

(p/s:kasut spike loque dah koyak ler.(mahal tu)..ish2...)

check2 rock2

check2 rock2...123 go!! bismillahirrahmanirrahim.assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.first skali aku ingin mengucapkan tahniah kepada diriku kerana telah ade blog sendiri.
dan aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada saudara deen kerana membantu menyiapkan blog ini.thx sangat2.dia ada juga mempunyai
blog sendiri iaitu deenasour.terbaek.com.(aku promote nie..) Yang sebenarnya aku sudah ada blog sendiri.tapi disebabkan masalah teknikal yang amat kritikal,make blog itu telah pergi selama-lamanya.sob...sob...Apa aku merepek ni?cam nenek belah mak aku jer..
eh sory2,terlupe plak nak introduce kan diriku ini.aku adalah aku.dan aku bernama loque.nama dalam surat beranak kuno ku adalah muhammad loqman bin abdul karim.beranak di hospital melaka oleh ibu ku yang tercinta iaitu izzah binti abu bakar.
tinggal di jasin,melaka.sedang berada dalam species remaja.dan tahun ni adalah tahun penentuan ku samada idup atau mati.
kerana ape?sebab tahun ni aku ade exam penting...so doa2 kan lah aku yer..mesti korang tertanya2 kenapa name blog ini adalah pencintaMUsix kan?...dan kenapa MU tu ditype dalam huruf besar.M adalah untuk muzik dan U pula adalah untuk universal.kan muzik itu universal?..
dan nape aku tak letak muzik dengan ejaan yang sepatutnya.six tu adalah untuk genre2 yang terdapat dalam muzik.so korang tau kan ?kalo x tau pergi bukak buku teks muzik darjah lima halaman 21.
tujuan blog ini dilahairkan adalah untuk berkongsi2
idea tentang muzik.aku ni memang suke muzik.so kepade sesaper yg minat muzik,rajin2 lah lepak kat sini yek..hehe.n aku juga akan
berkongsi tentang kehidupan aku didalam kehidupan ku seharian,sebulanan,setahunan ..betoi ka ayat ku?..lastly,hope blog ini akan
dimeriahkan oleh bloggers2 yg hebat di negara ini.salam.majulah muzik untuk negara.

Copyright © 2008 - pencintaMUsix - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template